Jumaat, 30 November 2012

Penolakan Nombor Bulat

1.   Penolakan adalah proses mencari beza atau baki di antara dua atau lebih nombor.

2.   Terdapat 2 cara penolakan:
      (a) Tanpa mengumpul semula (Kaedah tanpa meminjam)
           Contoh:
                        19 539 - 2 527 = 17 012

                             19 539
                          -   2 527
                             17 012

      (b) Pengumpulan semula (Kaedah meminjam)
           Jika penolakan pada lajur pertama adalah mustahil, maka nilai puluh, ratus,
           ribu atau puluh ribu dipinjam daripada lajur nilai tempat yang lebih besar.

3. Semasa menyelesaikan masalah operasi penolakan, mulakan dengan:
    (a) Kumpulkan maklumat
    (b) Pastikan cara penyelesaian
    (c) Tuliskan ayat matematik
    (d) Selesaikan operasi matematik
    (e) Semak jawapan anda

Selasa, 27 November 2012

Penambahan Nombor Bulat

1.   Penambahan ialah proses mencari jumlah dua atau lebih nombor.

2.   Terdapat 2 cara untuk melakukan operasi penambahan
      (a) Tanpa mengumpul semula
           Tambah unit sa, diikuti dengan unit puluh, ratus, ribu........
           Contoh:
               8464 + 9223 = 17 687

                              8 464
                       +     9 223
                            17 687

      (b) Mengumpul semula
           Jika penambahan pada setiap nilai tempat melebihi 9, maka nilai puluhnya dibawa ke nilai
           tempat yang lebih besar.
           Contoh:
                76 386 + 1278 = 77 664

                               76 386
                            +   1 278
                               77 664

3.   Semasa menyelesaikan masalah operasi penambahan, mulakan dengan:
      (a) kumpulkan maklumat
      (b) pastikan cara penyelesaian
      (c) tuliskan ayat-ayat matematik
      (d) selesaikan operasi matematik
      (e) semak jawapan anda

Nombor Bulat

1.    0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dikenali sebagai nombor bulat.

2.    Nombor bulat boleh ditulis dalam bentuk perkataan atau angka.

3.    Setiap digit dalam nombor bulat mempunyai nilai tempat dan nilai digit yang tersendiri.
       Sebagai contoh:


       Bagi nombor bulat 85 365 digit 5 terletak pada nilai tempat ribu dan nilai digitnya ialah 5000.

4.    Apabila menulis nombor bulat dalam angka kita perlu tentukan nilai tempat setiap digit dan
       menulisnya mengikut urutan nilai tempat tertinggi hingga terendah.

5.    Sebagai contoh,
            Menulis 35 462 dalam bentuk perkataan.



            Maka, 35 462 dituliskan sebagai tiga puluh lima ribu empat ratus enam puluh dua.

6.    Nombor bulat juga boleh dicerakinkan mengikut nilai tempat atau nilai digitnya.


       Maka, 47 385 = 40 000 + 7000 + 300 + 80 + 5

7.    Nilai dua nombor bulat yang mempunyai bilangan digit yang sama, boleh dibuat perbandingan
       bagi menentukan digit yang manakah lebih besar.
       Sebagai contoh,

                                                      4521
                                                      4721

        Maka, 4721 adalah lebih besar daripada 4521.

8.     Nombor bulat boleh ditulis dalam tertib menaik atau menurun.
        (a) Tertib menaik bermaksud susunan nombor dari nilai yang kecil ke besar.
             Contohnya,


         (b) Tertib menurun bermaksud susunan nombor dari nilai yang besar ke kecil.
              Contohnya,


9.      Pembundaran nombor.
         (a) Pembundaran dimulakan dengan nombor pertama di sebelah kanan nilai tempat
              pembundaran dipilih.
         (b) Jika kurang daripada 5, kekalkan digit pada nilai tempat yang perlu dibundarkan dan
              digit-digit lain di sebelah kanan disifarkan.
         (c) Jika ia sama atau lebih daripada 5, tambah 1 kepada digit pada nilai tempat pembundaran
              dan digit-digit lain di sebelah kanan disifarkan.



Bijak Sifir


Di dalam Matematik, sifir merupakan satu elemen yang paling penting kerana kebanyakan pengiraan menggunakan sifir. Kebanyakan murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan pengiraan yang melibatkan darab dan juga bahagi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghafal sifir.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke blog ini. Blog ini dihasilkan bagi membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga blog ini akan membantu anda. Bidang Matematik sebenarnya adalah satu bidang yang menyeronokkan. Sekiranya ada minat dan mempunyai kekuatan dalaman maka kita akan dapat menguasai bidang ini dengan baik. Diharap blog ini dapat menjadi panduan kepada anda semua.