1. Penambahan ialah proses mencari jumlah dua atau lebih nombor.
2. Terdapat 2 cara untuk melakukan operasi penambahan
(a) Tanpa mengumpul semula
Tambah unit sa, diikuti dengan unit puluh, ratus, ribu........
Contoh:
8464 + 9223 = 17 687
8 464
+ 9 223
17 687
(b) Mengumpul semula
Jika penambahan pada setiap nilai tempat melebihi 9, maka nilai puluhnya dibawa ke nilai
tempat yang lebih besar.
Contoh:
76 386 + 1278 = 77 664
76 386
+ 1 278
77 664
3. Semasa menyelesaikan masalah operasi penambahan, mulakan dengan:
(a) kumpulkan maklumat
(b) pastikan cara penyelesaian
(c) tuliskan ayat-ayat matematik
(d) selesaikan operasi matematik
(e) semak jawapan anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan