1. Penolakan adalah proses mencari beza atau baki di antara dua atau lebih nombor.
2. Terdapat 2 cara penolakan:
(a) Tanpa mengumpul semula (Kaedah tanpa meminjam)
Contoh:
19 539 - 2 527 = 17 012
19 539
- 2 527
17 012
(b) Pengumpulan semula (Kaedah meminjam)
Jika penolakan pada lajur pertama adalah mustahil, maka nilai puluh, ratus,
ribu atau puluh ribu dipinjam daripada lajur nilai tempat yang lebih besar.
3. Semasa menyelesaikan masalah operasi penolakan, mulakan dengan:
(a) Kumpulkan maklumat
(b) Pastikan cara penyelesaian
(c) Tuliskan ayat matematik
(d) Selesaikan operasi matematik
(e) Semak jawapan anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan